Font Size AAA
Bahasa:  
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 Latar Belakang: 4 Latar Belakang: 5 Latar Belakang: 6 Latar Belakang: 7 
 
 
 
 
Kemaskini Pada: 17 11 2017
Versi 8.0.3
 
Inisiatif Pembangunan Perlu Sokongan Penjawat Awam
Tarikh : 15 Mar 2017  Sumber Berita: Utusan Borneo, 15 Mac 2017
 

KUCHING: Inisiatif membangunkan Sarawak sebagai negeri berpendapatan tinggi memerlukan sokongan penjawat awam yang merupakan ‘enjin’ kepada kejayaan mencapai matlamat berkenaan.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata beliau memerlukan kerjasama dan sokongan daripada semua termasuk penjawat awam.

Saya tidak dapat ‘memandu’ (memimpin) walaupun saya sudah ada kenderaan kerana saya memerlukan enjin kenderaan yang berada dalam keadaan baik bagi memudahkan perjalanan.

Dalam hal ini, ‘enjinnya’ adalah penjawat awam. Walaupun saya sebagai pemandu mempunyai idea atau insiatif yang baik tetapi jika ‘enjin’ kita tidak berada dalam keadaan baik maka perjalanan kita tidak lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Amanat Ketua Menteri Sarawak Kepada Penjawat Awam Negeri Sarawak 2017 yang turut dihadiri Timbalannya Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani di sini, semalam.

Abang Johari berkata, perjalanan itu adalah termasuk membantu bersama melonjakkan ekonomi negeri agar menjadi negeri berpendapatan tinggi.

Katanya penjawat awam dengan itu dinasihatkan terus menanam nilai budaya kerja yang baik kerana kejayaan sesebuah negeri dan negara itu bergantung kepada perkhidmatan diberikan mereka.

Saya meminta kepada penjawat awam bersama saya terus memperjuangkan hak kita yang terhakis dalam Perjanjian Malaysia selain inisiatif kerajaan negeri dalam membangunkan Sarawak.

Ini kerana kejayaan kita juga bergantung kepada sokongan penjawat awam, namun di Sarawak kita bersyukur kerana perkhidmatan awam sejak pentadbiran Ketua Menteri terdahulu, iaitu Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan, kita telah menjalani transformasi ketara dalam perkhidmatan awam,” tegasnya.

Pada majlis yang sama semalam turut menyaksikan Abang Johari melancarkan SarawakGov App, iaitu aplikasi rasmi kerajaan negeri dalam menyampaikan informasi terkini mengenai Sarawak dan ia menawarkan kelebihan eksklusif maklumat semasa dan terkini yang mempunyai beberapa kandungan utama.

Sementara itu Morshidi dalam ucapannya berkata, aplikasi berkeanan akan menyediakan maklumat semasa berkaitan berita tempatan, acara dianjurkan sekitar Sarawak, aplikasi Talikhidmat, keadaan cuaca, fakta dan perangkaan serta aplikasi rasmi Sarawak.

Katanya aplikasi berkenaan bukan sahaja kegunaan rakyat Sarawak tetapi kepada pelancong yang datang ke negeri ini.

Mengulas lanjut, Morshidi berkata penjawat awam kini perlu menghadapi cabarangan yang semakin meningkat berbanding suatu ketika dahulu terutama dalam mencapai jangkaan daripada rakyat.

Setiap hari kita menghadapi cabaran yang lebih global dan perubahan persekitaran yang pesat yang dibawa teknologi baharu.

Selain itu kita juga menerima jangkaan tinggi daripada rakyat dan kekangan sumber tetapi kita menyedari bahawa untuk perkhidmatan awam kekal relevan dalam melaksanakan peranan, ia perlu diubah,” katanya.