Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 Latar Belakang: 4 Latar Belakang: 5 Latar Belakang: 6 Latar Belakang: 7 

Kemaskini Pada: 26 Mei 2017
Versi 8.0.1
Logan Terikan MarudiLogan Terikan Marudi

Bersantai di Lubok Terikan, perjalanan lebih kurang 20 minit dari Pengkalan Feri Marudi. Tujuan utama lawatan ke Lubok Terikan adalah untuk melihat projek ternakan ikan dalam sangkar yang telah diusahakan oleh Peladang Marudi bermula sejak April 1999. Asalnya Lubok Terikan merupakan sebahagian daripada lekukan Sungai Baram. Bagaimanapun bagi mempercepatkan lagi masa perjalanan menyusuri sungai tersebut, lekukan ini telah diputuskan "tarikan" dengan satu alur pintas yang dibuat khas dan akhirnya berjaya membentuk laluan baru selebar Sungai Baram seperti yang dapat dilihat pada hari ini. Pada masa lampau, Lubok Terikan ini juga merupakan lubok yang menjadi sumber bekalan ikan air tawar utama buat penduduk sekitarnya khususnya dari Kampung Narum, Marudi. Memandangkan kawasan perairan lubok sesuai untuk dijadikan tempat memelihara ikan dalam sangkar, pihak Peladang Marudi telah mengambil inisiatif untuk memulakan projek ternakan ikan sangkar tersebut pada tahun 1999. Selain bersantai, memancing dan mandi-manda, mencari bela'ah atau kerang sungai juga aktiviti menarik yang harus dicuba oleh pengunjung.