Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 Latar Belakang: 4 Latar Belakang: 5 Latar Belakang: 6 Latar Belakang: 7 

Kemaskini Pada: 26 Mei 2017
Versi 8.0.1
Pengenalan MarudiPengenalan Marudi

“...December 1890 - Claudetown report, The new Bazaar of twentv-nine shops has been completed, and it is made of billian and other good woods all through. The shops are full size, and well stocked, a road of thirty feet wide has been made infront of the shops and two landing stages have been built for the p.s: Adeh...”
(C. Hose, Station Incharge, 2nd Class Resident.

Sebelum tarikh 19 Jun 1882, Daerah Baram secara keseluruhannya adalah sebahagian daripada kawasan jajahan Brunei. Pada tahun 1874 berlaku penentangan terhadap Kerajaan Brunei oleh masyarakat Kayan dan Kenyah yang tidak puas hati dengan tekanan cukai yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Brunei. Akhirnya pada 19 Jun 1882 Kerajaan Brunei telah berjaya dihalau keluar daripada Daerah Baram yang kamudiannya beralih kepada jajahan Rajah Brooke. Bagi mengukuhkan pertahanan dan pentadbiran baru di bawah kepimpinan jajahan Brooke Mr. Claude Champion de Crespingy (Residen Mukah)dihantar khas sebagai Residen pertama untuk mentadbir Daerah Baram dan sebagai penghormatan nama pusat pentadbiran Baram dinamakan sebagai “Claude Town”. Seterusnya pada tarikh 17 Julai 1882 sederet bangunan kedai beratap belian telah dibina di Pekan Claude. Batu asas Pekan Claude telah didirikan pada 19 Julai 1882 dan sebuah pusat pentadbiran kamudiannya didirikan di atas sebuah bukit di Pekan Claude.

Kini Usia pentadbiran Pejabat Daerah Marudi telah mencecah usia 132 tahun. Melalui pelbagai onak dan duri, dari pekan suram kepada Daerah yang membangun dalam fasa yang membanggakan. Daerah Marudi kini terbahagi kepada dua Daerah Kecil iaitu Daerah Kecil Beluru lebih popular dikenali sebagai "Bakong" dan Daerah Kecil Long Lama. Data banci penduduk tahun 2010 menyatakan bilangan penduduk terkini di Daerah Marudi adalag seramai lebih kurang 60,000 orang penduduk.