Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 Latar Belakang: 4 Latar Belakang: 5 Latar Belakang: 6 Latar Belakang: 7 

Kemaskini Pada: 25 Apr 2017
Versi 8.0.1
Sejarah MiriSejarah Miri

Sejak penemuan telaga minyak di Bukit Kanada pada tahun 1910, Miri terus membangun daripada sebuah kampung nelayan kecil kepada sebuah bandar raya kosmopolitan abad ke-21 yang amat membanggakan. Susulan pencapaian cemerlang dalam pelbagai bidang pembangunan Miri akhirnya diisytihar sebagai bandar raya pada tarikh bersejarah 20 Mei 2005. Bukan hanya berbekalkan "emas hitam" yang menjadi enjin penggerak utama pembangunan dan kemajuan bandaraya Miri, sumber asli lain, kayu-kayan, pasir, perkembangan industri kecil dan ringan, keunikkan seni budaya serta kekayaan alam flora dan fauna serta banyak lagi produk berkualiti lain Miri telah memakmurkan bandar raya ini ke satu tahap yang terus cemerlang dan gemilang.